Lara bungaelisya

follow me

Wednesday, 15 February 2012

Dari| hati |Ke | Blog

Mungkin Berdiam Diri lebih baik....Aku tak akan buat kesilapan yang sama seperti kamu telah lakukan,
aku tidak akan membiarkan diri aku sengsara.dah begitu banyak hati Aku Terluka.....
Aku dan banyk belajar dengan cara yang susah,dan aku tidak akan mebiarkan ia berlaku lagi..InsyAllah
aku belajar untuk menghadapi keadaan yang lebih selamat Supaya aku tidak kecewa tapi aku tahu susah untuk mempercayai...
dan melakukan yang terbaik..tapi aku tetap akan cuba hadapi semua ne...

Aku tahu Bukan aku saja yang hadapi semua ne tetapi semua orang di sekeliling aku pernah merasakan... keadaan sebegini...
kadang2 aku takut kehilangan kekuatan dan cara aku kini....tapi aku tak boleh menangis Kerana aku tahu yang lemah dalam mata kamu adalah air mata...aku terpaksa senyuman palsu, ketawa wlpn tak lucu.... Tiap hari dalam hidup aku..

tapi hati aku tidak mungkin boleh memecahkan,kesedihan kekecewaan ini..aku begitu muda untuk membuat keputusan..sepatutnya kau  tahu mana lebih baik, kamu tidak pernah fikir pasal orang lain...
yang kamu nampak hanya kesakitan yg kamu rasa,tapi aku??

aku hanya mampu menangis
tengah-tengah malam Untuk benda yang bodoh yang sama berlaku pada aku sblm ne..
aku cuba menghadapi semua ni tapi rasa lagi teruk ...bukan mudah untuk melupakan segala-galanya,aku tidak tak tahu camana nak buat hanya mampu berdoa...berusaha selebihnya berserah pada Allah S.W.T aku tahu aku bnyak kekurangan...biar la aku sendiri menghadapi semua ne....

Monday, 13 February 2012

Bila Bagi Harapan...

Manusia selalu melakukan Kesilapan..ada kala kita x sedar kita buat org terasa....berusaha untuk mendaptkan sesuatu..tapi bila ada di depan mata..mereka tidak hargai...mungkin lumrah hidup...x lari dari semua 2...terasa perasaan di permainkan atau diri sendiri yang bermain dengan perasaan sendiri....aku tak tahu apa yg aku rasa tapi yang pasti aku terasa sgt nga dia....aku sedar aku ne mudah terasa...

~Cintai KEKURANGAN ku
melebihi daripada KELEBIHAN ku.
~Cintai KELEMAHAN ku melebihi
daripada KEKUATAN ku.
~Cintai KEBURUKAN ku melebihi
daripada KECANTIKAN ku.
~Cintai KEKHILAFAN ku melebihi
daripada KESEMPURNAAN ku.

semua org nak yang terbaik dlm hidup..tapi x semua org yng dapat memilikinya.... aku x berdaya nak hadapi semua ne.. bila sedih ingat dia..di hati ne hanya Tuhan yang tahu...

Aku berharap aku x tersalah pilih lagi...

Aku Tak Berdaya

Lirik Lagu Indah Dewi Pertiwi – Aku Tak Berdaya (Lagu Tema Anugerah)
Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi
Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

Thursday, 9 February 2012

Calon Suami....

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: Agama.
Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Kerana Allah Tahu Segala isi Hati....

Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"

DOA
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرَ .... خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وَآجِلَهُ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ.... شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلَهُ وآجِلَهُ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْعَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ ارْضِِى بِهِ
Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.
Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini �. Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini �. Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Tuesday, 7 February 2012

Warna Bunga....

Semalam Mimpi Dia bagi Bunga Kuning Dekat aku..terus Aku cari....Maksudnya.... Owh...muking aku terlalu rindukan dia.... aku doakan dia bahagia..tapi entah sampai bila aku nak lupakan dia.....

6 warna bunga ros dan maksud disebaliknya

By On May 10, 2011 · Leave a Comment

Merah- (cinta dan romantik) Pada kebiasaannya ros berwarna merah sering digunakan sebagai simbol untuk menunjukkan perasaan cinta sejati kepada seseorang. Tetapi disebabkan populariti ros merah yang sangat luas telah membuatkan perkembangan terhadap tujuan pemberiannya iaitu sebagai satu simbol politik atau keagamaan.
Kuning- (persahabatan, keriangan, cepat sembuh) Sepanjang sejarah, warna kuning sering dikaitkan dengan warna matahari. Sifat matahari yag bermanfaat untuk kehidupan lain digunakan sebagai simbol kepada warna ros kuning. Bunga ros kuning memberi pesanan sebagai tanda penghargaan atau perasaan sayang  yang tidak bersifat romantik kepada seseorang . Ianya lebih kepada perhubungan dan bukannya perasaan.

Putih- (kemurnian, tidak berdosa, simpati, kerohanian) Sejak awal tradisi lagi ros putih digunakan sebagai luahan cinta sejati, tetapi tidak untuk masa sekarang kerana cinta sejati lebih sinonim dengan warna merah. Perbezaan terhadap makna luahan cinta sejati untuk warna putih ialah, ia lebih menunjukkan kesucian, kehormatan, kebersihan hubungan itu berbanding warna merah yang melambangkan keghairahan perasaan pasangan.
Oren- (keinginan, semangat yang tinggi, cinta) Warna oren adalah hasil campuran warna antara kuning dan merah. Ros warna oren lebih mudah diertikan adalah cubaan untuk membawa perhubungan lebih serius lagi iaitu dari seorang kawan kepada cinta sejati. Ia juga berkemungkinan menunjukkan perasaan ‘saya bangga dengan awak’.

Ungu- (terpesona, kemuliaan, cinta pandang pertama) Warna ungu sinonim sebagai lambang keagungan, kemegahan dan kemewahan. Ia juga berkemungkinan membawa maksud bahawa pemberi sudah jatuh cinta sejak pada pandangan pertama lagi disebabkan perwatakan penerima yang mempersonakan.

Pink- (cinta, perasaan syukur, penghargaan) Pesanan yang cuba disampaikan oleh pemberi bunga kepada penerima adalah ingin menunjukkan pandangannya kepada sifat penerima yang lemah lembut, comel, ayu, bersopan santun, pemalu, dan mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi. Dan berkemungkinan kerana sifat itulah yang membuatkan pemberi jatuh cinta. Ia juga berkemungkinan sebagai tanda bersyukur kerana berjaya memiliki hati penerima.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...